Understanding Medicine: Memahami Newborn Jaundice
Newborn Jaundice
Pernahkah kita dengar apabila ada saudara mara atau
jiran tetangga yang baru melahirkan anak, mereka berhadapan dengan situasi di
mana anak yang baru dilahirkan mempunyai kulit dan bebola mata berwarna kuning
? Masyarakat kita kerap memanggilnya sebagai ‘kuning’ atau dalam istilah
perubatan ialah Newborn Jaundice iaitu spesifik kepada jaundice yang berlaku
dalam kalangan bayi yang baru lahir. Jaundice boleh berlaku dalam kalangan
orang dewasa dan orang tua juga tetapi di bawah skop perbincangan jaundice yang
sedikit berbeza. Penulisan saya kali ini berfokus kepada jaundice dalam
kalangan bayi baru lahir.
Newborn jaundice berlaku apabila kulit dan bebola mata
bayi menampakkan warna kuning disebabkan kandungan protein yang dikenali sebagai
bilirubin sangat tinggi di dalam badan bayi. Bilirubin ini berwarna kuning dan
terhasil apabila sel darah merah dipecahkan secara normal sebelum diproses di
dalam hati (liver) dan seterusnya disingkirkan dari badan. Jaundice adalah
normal dalam kalangan bayi yang baru lahir tetapi haruslah diberikan pemantauan
yang rapi dan di bawah pengawasan doktor yang bertauliah. Dalam kebanyakan
kes,jaundice yang normal boleh sembuh sekitar dua ke tiga minggu.
Apakah faktor lain yang menyebabkan berlakunya newborn
jaundice ? Pertama ialah premature babies iaitu bayi yang lahir belum cukup
bulan (pramatang). Selain itu, apabila jenis darah bayi tidak sama dengan jenis
darah ibu. Contohnya, ibu berdarah jenis A tetapi bayi berdarah jenis O. Maka
bayi akan hasilkan antibody di dalam badan yang seterusnya berpotensi memusnahkan sel darah merah serta menyebabkan
kandungan bilirubin dalam badan bayi menjadi tinggi. Bayi yang kurang minum
susu ibu juga kerap menunjukkan simptom jaundice. Ia berlaku disebabkan bayi
tidak dapat menyingkirkan pigmen bilirubin dari badan khusunya melalui proses
perkumuhan atau penyahtinjaan. Bayi yang mempunya komplikasi hati (liver) di
mana hati tidak dapat memproses sel darah merah yang pecah menjadi bilirubin
menyebabkan kepekatan bilirubin tinggi. Begitu juga bayi yang mengidap
Glucose-6-phosphate dehydrogenase deficiency (G6PD deficiency) di mana enzim
G6PD kurang dan menyebabkan sel darah merah pecah sekali gus menyebabkan
jaundice berlaku di samping komplikasi lain seperti masalah anemia (kekurangan
darah merah).
Antara komplikasi yang kita takut berlaku pada bayi
yang mempunyai jaundice yang serius ialah antaranya bayi boleh menjadi pekak
(komplikasi pada otak) atau menghidapi cerebral palsy (masalah pada sistem
saraf).
Oleh yang demikian, adalah penting bagi ibu untuk
menyusukan bayi untuk mengurangkan jaundice. Walaupun jaundice boleh diatasi
melalui mekanisma badan secara semula jadi, ibu bapa perlulah sentiasa memantau
keadaan anak. Sekiranya kuning bayi masih belum reda, doktor akan menyarankan
bayi untuk menjalani fototerapi di mana bayi diletakkan di bawah spectrum
cahaya biru dengan panjang gelombang tertentu untuk memecahkan pigmen bilirubin
pada kulit bayi. Elakkan daripada menjemur bayi di bawah sinaran cahaya
matahari kerana ia berpotensi mendedahkan bayi kepada sinaran yang tidak perlu
bagi bayi bahkan boleh memberikan mudarat seperti sinar inframerah (infrared
ray) dan sinaran ultraungu (UV Violet). Bagi kes yang lebih serius pula,
pemindahan darah mungkin perlu dilakukan bagi menggantikan darah bayi yang
sedia ada. Bawa anak ke hospital sekiranya kuning bayi masih belum surut atau
suhu badan bayi meningkat melebihi 38 darjah celcius. Pastikan bayi menerima
nutrien yang cukup dan kekal terhidrat.
Comments
Post a Comment