Pengalaman Temuduga Program Doktor Perubatan Universiti Malaysia Sarawak

 Pengalaman Temu Duga Program Doktor Perubatan UNIMAS




Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS

Alhamdulillah aku dapat panggilan interview medic di unimas ambilan 2022/2023 pada minggu lepas. Semuanya berjalan dengan lancar dan dapat menimba pengalaman ditemu duga juga. InshaAllah kena yakin pada rezeki dan ketentuan Allah. Kalau ada rezeki alhamdulillah kalau tak ada, ada yang lebih baik bagi aku.

Interview mula pukul 8.00 am, jadi aku sampai ke Faculty of Medicine and Health Science (FMHS) awal pukul 7.15 am. Nampak ada beberapa orang calon dah mula menunggu dengan pakaian yang segak dan cantik semuanya. Pukul 8.00 am pintu Atrium dibuka dan aku mula daftar kepada urusetia. Kami dikuarantin terlebih dahulu di bilik kuliah sementara tunggu jam 8.50 am untuk sesi interview mula. Interview kami dijalankan secara Multiple Mini Interview (MMI) di mana ada 5 station dan di setiap station ada interviewer yang bebeza. Interview pula bukan calang-calang, mereka adalah doktor pakar dan consultant. Ada yang bergelar Professor, Assoc. Professor dan gelaran Dr. Bagi setiap station diperuntukkan masa 5 minit, dan ada rehat 1 minit antara setiap transition in between station. Jadi total masa untuk seoranh calon dalam 30 minit.
Pukul 8.50 am aku bergerak bersama empat orang calon lain ke PBL Room di mana interview dijalankan. PBL room ini macam klinik persekitarannya. Barangkali tempat pelajar perubatan mengasah clinical skills. Bila dah sampai, aku dapat station nombor 4 dahulu, dan station akhir aku adalah station 3. Alangkah terkejut bila aku jenguk siapakah gerangan first interviewer aku rupa-rupanya dekan fakulti perubatan dan sains kesihatan unimas. Aku mula nervous dan try to get myself well-prepared. Loceng berbunyi dan semua calon masuk ke dalam station masing-masing.
Dalam station 1, dekan fakulti bangkitkan isu tentang overworked doctor dan isu doktor berhenti kerja. Dalam station 2, aku ditanya tentang isu kesihatan di Sarawak. Dalam station 3, ditanya tentang latar belakang keluarga dan sejauh mana aku minat dalam bidang perubatan. Dalam station 4, interviewer tanya tentang pengalaman jadi sukarelawan perubatan/volunteering experience. Dalam station 5, juga ditanya tentang pengalaman jadi sukarelawan perubatan dan pengalaman jaga orang sakit.
Apa yang aku dapat analisis daripada soalan interview ini adalah untuk menjadi seorang doktor, perkara penting yang kau harus ada dan tanam dalam diri ialah minat yang mendalam dengan bidang perubatan. Sebab apa ? Sebab minat inilah yang akan bantu kau survive sepanjang medical school. Aku ramai dengar senior medic cerita ramai yang decide untuk keluar medic atau ada yang gagal sebab sudah tidak ada motivasi. Kalau ada minat walaupun sikit, inshaAllah minat itu yang akan jadi pemangkin dan motivasi student medic. Pernah kita terfikir kenapa ada orang boleh main game sampai pukul 3 pagi 4 pagi even ada yang tak tidur malam. Sebab mereka minat main game. Bila kita minat kita sanggup korban apa sahaja, termasuk masa dan wang ringgit demi minat kita. Nak masuk apa-apa course sekalipun, utamakanlah minat kita dan bukannya dipaksa oleh sesiapa.
Last one, nak cakap yang datang interview ada 200 lebih. Belum masuk lagi student asasi hayat yang dah interview. Yang terpilih masuk cuma 150 orang. Peluang adalah sangat tipis dan hanya yang beruntung serta ada rezeki sahaja berpeluang masuk medic. Bukannya nak rendahkan semangat, tapi inilah realiti persaingan terutama dalam kursus yang hot dan ramai orang apply. Doa minta pada Allah, usaha buat sehabis baik, pastikan result matrikulasi/asasi/STPM above 3.5 dan tawakal pada segala ketentuan Tuhan.
All the best !!!

Comments

Popular posts from this blog

UNIMAS YEAR 1 MEDICAL SCHOOL EXPERIENCE (PENGALAMAN PELAJAR PROGRAM DOKTOR PERUBATAN TAHUN 1 UNIMAS)