UNIMAS YEAR 1 MEDICAL SCHOOL EXPERIENCE (PENGALAMAN PELAJAR PROGRAM DOKTOR PERUBATAN TAHUN 1 UNIMAS)
PELAJAR
TAHUN 1 PROGRAM PERUBATAN UNIMAS
Alhamdulilllah, segala puji ke hadrat Allah SWT kerana
dengan izinNya aku berjaya menamatkan pengajian tahun pertama sekolah perubatan
UNIMAS. Pejam celik aku menempuh sukarnya menimba ilmu dan merasakan beratnya tanggungjawab
sebagai seorang doktor kian terasa. Jadi, dalam penulisan kali ini aku nak
kongsi serba sedikit pengalaman belajar perubatan di UNIMAS dan harapnya dapat
membantu mana-mana pelajar yang terdetik niat untuk belajar di sini
sekurang-kurangnya dapat sedikit pendedahan awal ya.
Pertama sekali, UNIMAS medical school ada total lima
tahun pengajian. Some countries might have up to six or even seven years of
medical degree. Di UNIMAS, tahun pertama dan kedua ialah fasa pra-klinikal di
mana para pelajar akan didedahkan kepada basic medical knowledge dan amat
penting sebab akan diguna semasa clinical years nanti. Semasa pra-klinikal ini,
student belum pergi ke hospital dahulu, hanya belajar di fakulti untuk sesi
pembelajaran. Kemudian tahun ketiga, keempat dan kelima dikenali sebagai fasa
kilinikal di mana pelajar akan pergi ke hospital settings dan belajar di sana
most of the time. Antaranya termasuklah jumpa specialist,MO, nurse and real
patients. So, I hope this first part is clear dan difahami. Sebelum seseorang
pelajar layak naik ke fasa klinikal (third year and above), mereka dikehendaki
untuk menduduki Final Professional Exam 1 (FPE1). Kalau lulus baru boleh ke
clinical years. Kalau gagal, boleh pilih sama ada repeart year 2 atau tukar
kursus lain. Another Final Professional exam would be bila dah habis year 5
just before housemanship. That one is FPE 2. Dah both of these FPE should be
passed by medical students. FPE 1 akan uji all things about pre-clinical years
and FPE 2 akan uji all things about clinical years. Apa yang kita belajar di
pre-clinical year lazimnya ada correlation dengan clinical years, boleh kata
kesinambungan cuma more to skills and hands-on.
CLINICAL YEARS : YEAR 3,4 and 5 (end of year 5 ada FPE 2)
PRE-CLINICAL YEARS : YEAR 1 and 2 (end of year 2 ada FPE 1)
So, sistem pengajian perubatan di UNIMAS ini berbeza
dengan universiti lain. Kalau di universiti lain mereka akan guna sistem
semester sama seperti pelajar course lain. Maksudnya, dalam satu semester
mereka akan belajar banyak subjek. Contohnya, dalam semester 1 akan belajar
pasal anatomy, physiology dan biochemistry. Kalau anatomy itu, akan belajar the
whole body anatomy starts dari kepala sampai jari kaki termasuklah dia punya
blood and nerve supply to that part of organs. So everything about these three
subjects will be tested by the end of semester 1. Then masuk semester 2 pula,
akan belajar pula subjek lain. So, boleh kata sistem semester ini sangat sukar
kalau apply for medical school since kena hadam banyak benda within short
period of times. Bayangkan you ada a lot of things be remembered especially
pasal anatomy and yang sedihnya you only have about 5+ months to memorize sebab
end of that semester dah kena duduk exam.
Berbeza dengan sistem pengajian di UNIMAS, kita guna
sistem ‘block’. Satu semester akan ada sama ada satu atau dua block. Contohnya,
dalam semester 1 akan belajar dua block which are Block 1: Foundation block and
also Block 2: Man In The Environment. So, dalam satu block akan study banyak subjek from anatomy,
physiology, biochemistry, pathology etc. tapi tak semua part kena cover. Contoh
dalam block 1 mungkin hanya akan cover anatomy of leg. Then block 3 nanti baru
cover anatomy of head macam itu. Bukannya kena cramp all things within one semester.
Semuanya dah dibahagikan ikut keperluan setiap block. So, that’s it :). These
are all the blocks that you will be learning throughout year 1:
Block 1: Foundation Block
Block 2: Man In The Environment
Block 3: Blood and Immunology
Block 4: Musculoskeletal, Head and Neck
Block 5: Endocrine, Nutrient and Metabolism
My favorite block in year 1 surely block 3 because we
play with blood a lot and also I like everything about blood hematology hehe.
Dalam block 3, akan study blood taking procedure (phlebotomy) so ada chance nak
ambik darah coursemate.
![]() |
My blood sample taken by other coursemate |
![]() |
Phlebotomy; blood taking procedure |
![]() |
ABO Blood grouping |
TIMETABLE
Sesi pembelajaran di UNIMAS medical school terbahagi
kepada tiga iaitu lecture, practical dan Problem-Based Learning (PBL). Lecture
yang diadakan di lecture hall adalah untuk sesi pembelajaran di mana lecturer
akan explain about certain topics and students are required to take note.
Lecture ni sangat penting sebab this is the only chance kita nak faham
betul-betul mengenai sesuatu topic. Tapi boleh sahaja jumpa lecturer after
class kalau masih ada benda yang tak faham. Then, we have practical. Practical
pula adalah di lab (either wet lab or dry lab; dipanggil wet lab sbb ada singki
and dry lab sbb tiada singki), usually utk pathology, anatomy, microbiology and
parasitology, pharmacology (very seldom). Practical untuk pre-clinical year
kita akan experience medical lab technologist punya jobscope. Kita akan buat
blood analysis (FBC), culture microorganism etc. Basically, semua tugas yang
MLT buat untuk bantu clinician diagnose pesakit. PBL pula ialah session di mana
kita akan discuss about one topic every week. Isnin akan dapat trigger (problem
statement; biasanya akan bagi one patient case) untuk kita brainstorm and then
Jumaat akan discuss among PBL mates. There will be facilitator assigned to each
group so that the discussion run smoothly. Contohnya, kalau topic of the week
is about breast cancer, then your PBL groups are required to find out
everything about it. Begins from biological strand, clinical, behavioral and
lastly population mostly affected by the disease.
![]() |
Faculty of Medicine and Health Science UNIMAS |
![]() |
Pharmacology lab session |
Comments
Post a Comment