Pengalaman Belajar di Kolej Matrikulasi Sarawak Batch 09
Salam and hi people !!!
Firstly, congratulations for those who get offered to pursue your study
in Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw). You are just one step closer to become a
university students. Saya, Hariz Hizami bekas pelajar KMSw sesi 2021/2022 iaitu
batch 9. Saya juga mantan Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar batch
9. Ramai yang tak tahu Sarawak ada kolej matrikulasi tersendiri memandangkan
kolej ini baru dibangunkan pada tahun 2013 dan merupakan kolej matrikulasi
paling bongsu di Malaysia. KMSw berkongsi bangunan dengan Sekolah Menengah
Teknik Sejingkat (SMTS) buat sementara waktu sebelum kolej baharu yang tetap
dibina. InshaAllah semoga segala proses pembangunan KMSw yang baharu
dipermudahkan urusannya. Kolej sementara ini terletak di Sejingkat,Kuching
Sarawak dan mengambil masa kira-kira 20 minit dari pusat Bandaraya Kuching.
Memandangkan kolej sementara ini sedikit kecil, maka kapasiti ambilan pelajar
juga tidak ramai. Batch 9 dahulu, ada seramai 158 orang pelajar yang berjaya
menamatkan pelajaran di sini. Berbanding dengan kolej lain ada yang mencecah
ribuan pelajar dan ratusan staf kakitangan pensyarah.
1. AKADEMIK
KMSw hanya menawarkan Program Satu Tahun (PST) iaitu
sebanyak dua semester dan hanya menawarkan program sains sahaja. Kursus sains
pula terdiri daripada tiga modul iaitu Modul Sains Hayat, Modul Sains Fizikal
dan Modul Sains Komputer. Ini adalah senarai subjek yang dipelajari dalam
setiap modul.
·
Modul Sains Hayat :
Biology,Chemistry,Physics,Mathematics
·
Modul Sains Fizikal : Computer Science,
Chemistry,Physics,Mathematics
·
Modul Sains Komputer : Computer Science, Chemistry,
Mathematics,Biology
Pihak kolej
akan tawarkan modul berdasarkan keputusan SPM anda,tetapi anda juga dibenarkan
untuk membuat permohonan untuk menukar
modul sekiranya hendak berbuat demikian.
Jangan risau,matrikulasi tak susah pun so far. Apa yang penting, kalua
gigih belajar sudah pasti tiada yang sukar dan mustahil. Di sini kita ada
banyak support system dari pensyarah dan rakan-rakan. Kapasiti pelajar yang
sedikit sebenarny adalah satu manfaat bagi pelajar di sini. Anda boleh consult
pensyarah pada bila-bila masa seolah-olah berada di kolej swasta. Malah ada
pensyarah yang boleh ingat nama semua students.Dari sudut pelajar pula, kita
ada Peer-Assisted Leader (PAL) iaitu badan kepimpinan pelajar untuk memudahkan
pelajar belajar secara study group dan juga discussion untuk saling tukar idea
sesama pelajar. So,in terms of academic nothing to be worry. You have an
endless amount of support system here.
![]() |
| Physics Lab Test with Sir Aiman Adli |
KEHIDUPAN ASRAMA
Di KMSw, kita ada dua buah asrama iaitu Asrama
Putera,ASPURA (untuk pelajar lelaki) dan Asrama Puteri,ASPURI (untuk pelajar
perempuan). ASPURA secara relatifnya adalah lebih besar dan luas berbanding
ASPURI untuk menampung pelajar sekolah teknik yang majoritinya adalah lelaki.
ASPURA ada dua blok iaitu blok untuk pelajar sekolah teknik dan pelajar kolej
matrikulasi. Berbeza dengan ASPURI, hanya terdiri daripada satu blok di mana
pelajar sekolah teknik dan pelajar kolej matrikulasi akan berkongsi blok yang
sama. Satu bilik asrama pula dapat menampung sehingga maksimum 10 orang pelajar
dalam satu-satu masa. ASPURA ada 8 kamar manakala ASPURI ada 9 kamar semuanya. Setiap
pelajar akan ada katil, locker,kerusi,lampu meja,meja belajar,whiteboard mini
dan rak buku masing-masing. Jadi,memang fasiliti yang lengkap untuk kemudahan
pembelajaran anda. Setiap bilik ada satu papan seterika,seterika,cerek elektrik
dan rak kasut. Yang ini boleh kongsi dengan ahli bilik masing-masing. Amat
penting ya untuk adik-adik bina hubungan baik sesama ahli bilik sepanjang dua
semester di kolej. Waktu batch saya dahulu, memang pelajar akan rapat dengan
ahli bilik masing-masing. Ke mana sahaja, mereka tetap bersama terutama pelajar
perempuan. Pelajar lelaki biasanya lebih ramai geng dan merentas bilik.
Kadang-kadang ada yang sampai tidur di kamar kawan lain. Jadi, no worries untuk
kehidupan asrama. Sesiapa yang tak pernah lagi duduk asrama tu, this is your
time untuk enjoy life in asrama. Dulu saya bukan budak asrama and being in
college was my first time. Mula-mula memang homesick juga tapi gradually you
will get used to hostel environment. Chill-chill sahaja ya geng!
3. BADAN KEPIMPINAN
Seperti biasa, pergi mana-mana institusi pendidikan
mesti ada badan kepimpinan pelajar. Di kolej matrikulasi kita ada banyak badan
kepimpinan termasuklah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), Badan Pengurusan
Asrama (BPA), Faction (special untuk KMSw,kolej lain saya tak pasti ada faction
atau tidak). Ranking badan kepimpinan pertama ialah JPP. JPP bertanggungjawab
menjadi wakil dan suara pelajar untuk disampaikan kepada pihak pengurusan kolej
di samping menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk manfaat para pelajar. Ahli JPP
akan dilantik melalui pilihan raya kolej yang dikelola oleh unit hal ehwal
pelajar (HEP) kolej masing-masing. Bermula dengan proses penamaan calon, pidato
manifesto, proses buang undi sehinggalah pengumuman keputusan pilihan raya.
Pelajar yang terpilih menganggotai JPP pula akan bermesyuarat untuk memilih
Yang Di-Pertua (YDP), Naib YDP, Setiausaha Agung, Bendahari Kehormat dan juga
exco-exco JPP. JPP adalah di bawah seliaan unit HEP dan akan kerjasama bersama
mereka sepanjang tempoh berkhidmat. JPP akan banyak bermesyuarat dari masa ke
semasa untuk update terkini perkembangan kebajikan dan suara pelajar. Jadi ahli
JPP bukan sahaja memupuk nilai kepimpinan dalam diri kita bahkan satu kelebihan
bila kita nak apply university atau biasiswa setelah tamat pengajian
matrikulasi nanti. Kita ada nilai tambah untuk impress interviewer semasa temu
duga nanti. Baik, seterusnya kita beralih kepada BPA. BPA bertanggungjawab
untuk menjaga kebajikan pelajar di kolej kediaman atau asrama. BPA akan ada
seorang ketua untuk ASPURA dan seorang dari ASPURI serta dianggotai oleh
ketua-ketua kamar. Sesiapa yang decide tak nak masuk JPP bolehlah masuk BPA and
contribute something to college. Last one ialah badan kepimpinan faction.
Faction ni lebih kurang macam rumah sukan kalau dekat sekolah. Di KMSw, kita
ada empat faction namely faction Ventus(Angin), Terra(Tanah) ,Ignis(Api) dan
Aqua(Air). Keempat-empat faction ini akan bertanding dalam Battle To The Top
dan the best faction akan menjuarai battle ini. Tujuan faction ini adalah untuk
encourage pelajar supaya bersaing secara sihat dalam suasana kolej. Contoh
kalau korang dapat result cemerlang dalam exam atau menang apa-apa pertandingan
atau sukan anjuran kolej, markah faction korang akan ditambah. Juga ia dapat
memupuk semangat berpasukan dan teamwork. Faction akan diketuai oleh Faction
Captain dan Vica Faction Captain berserta ahli jawatankuasa. Yang tak nak join
JPP atau BPA bolehlah nominate yourself untuk kepimpinan faction ya :’)
4. EXAMINATION
Ok, this part mesti ramai yang mengeluh kannn. No
worries guys sebab exam ni akan determine how is your progress so far in
learning process. Di matrikulasi,kita ada dua jenis assessment iaitu Penilaian
Berterusan (PB) dan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM). Setiap
subjek akan berbeza cara pelajar diuji. PB membawa peratusan 60% dari
keseluruhan gred anda. So this is your chance untuk grab as many marks as you
can. Kalau dapat grab 60% itu pun, don’t miss it. Bagi PB untuk subjek physics,
biology dan chemistry akan ada semester assignment, lab test dan Ujian
Penilaian Sumatif(UPS). UPS ada 3 kali bagi setiap subjek bagi setiap semester.
UPS akan nilai soalan aras C1 and C2 sahaja yang mudah-mudah dan basic concept
saja. Jangan ghisauu ya. Untuk mathematics pula ada individual assignment,
group assignment dan UPS. For sure math takda lab test hehehe. Andddd yang
paling penting ialah final exam (PSPM) yang contribute 40%,banyak tuuu. So this
one you have to put a lot of effort and do your best.
To sum up,kehidupan di Kolej Matrikulasi Sarawak
sangat menyeronokkan. Korang akan rindu tempat ni once korang dah graduate
nanti. Remember to make new friends and never being alone in your matriculation
life since you only have more and less 10 months regardless cuti and so on.
Banyak nak kena catch up, syllabus ada sampai 10 chapter in only 4 months belum
masuk lagi aktiviti kolej dan exam. Bila buat sorang-sorang memang akan
burnout, but when you move in a group, nothing is impossible.
I wish adik-adik yang dapat masuk KMSw all the best.
Belajar rajin-rajin and always jaga adab dengan orang sekeliling.
That’s all and thank you for spending your time
on my blog !!!
![]() |
| Dataran Ruai Berambeh (DRB) |
![]() |
| Surau Al-Hidayah |




Nice sharing
ReplyDelete